Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan Malaysia berhubung sekatan terhadap rakyat dari 23 negara yang mencatatkan kes COVID-19 melebihi 150,000 termasuk AS, memasuki negara ini.
Dutanya Kamala Shirin Lakhdir berkata antara lain, negara itu inginkan penjelasan sama ada larangan tersebut turut merangkumi warga AS yang tinggal di Malaysia namun ketika ini berada di sana.
Ditanya sama ada kerajaan AS membenarkan rakyatnya keluar negara pada masa ini, Lakhdir yang ditemui pemberita selepas melancarkan Akademi Usahawan Wanita berkata: "Ya, rakyat Amerika dibenarkan keluar dari Amerika Syarikat."
Semalam, Malaysia mengeluarkan senarai 23 negara yang merekodkan lebih 150,000 kes COVID-19 yang rakyatnya dilarang memasuki negara ini, termasuk pemegang pas lawatan jangka panjang, berkuat kuasa semalam (7 Sept).
Negara-negara berkenaan ialah AS, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Semalam, Malaysia mengeluarkan senarai 23 negara yang merekodkan lebih 150,000 kes COVID-19 yang rakyatnya dilarang memasuki negara ini. -Reuters
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kedutaan AS akan dapatkan penjelasan berhubung larangan masuki Malaysia
Kedutaan AS di Kuala Lumpur akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan Malaysia berhubung sekatan terhadap rakyat dari 23 negara termasuk AS.