KUALA LUMPUR: Kedutaan Algeria di sini merancang untuk menubuhkan Pusat Pelancongan pada separuh pertama tahun depan dengan matlamat untuk mengukuhkan ikatan budaya dan meningkatkan peluang pelancongan dengan Malaysia.
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu dengan objektif untuk menunjukkan bahawa hubungan sedia ada antara kedua-dua negara boleh diperkukuh, khususnya dalam bidang pelancongan.
"Matlamatnya antara lain, termasuk menyedarkan rakyat dari kedua-dua negara mengenai keunikan antara satu sama lain menerusi pelbagai program dan inisiatif promosi yang sedang dirancang. Pembukaan rasmi pusat itu dijangka pada tahun depan.
"Dengan pelancaran penerbangan langsung dari Algiers ke Kuala Lumpur oleh Air Algerie pada Jun 2024, saya yakin akan ada peningkatan persefahaman, kesedaran dan hubungan perdagangan juga," kata duta itu kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di kediamannya di sini pada Khamis.
Abdelhafid yang memegang jawatan sebagai duta Algeria ke Malaysia enam bulan lalu berkata dengan rakyat kedua-dua negara menikmati perjalanan tanpa visa, pusat itu bertujuan menjadi platform untuk interaksi antara rakyat.
Duta itu mendedahkan kira-kira 7,000 warga Algeria telah melawat Malaysia pada 2019 manakala kira-kira 14,000 rakyat Malaysia telah mengunjungi negara Afrika Utara itu.
Penubuhan Pusat Pelancongan Algeria dan kepentingan pelbagai aspeknya akan didedahkan semasa lawatan peringkat tinggi tahun depan.
Pada 2021, Algeria merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia di rantau Afrika dengan jumlah perdagangan bernilai RM1.36 bilion.
Algeria menempatkan tujuh tapak Warisan Dunia UNESCO.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Abdelhafid (dua, kanan) ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto BERNAMA
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Dua maut akibat belon udara panas terbakar
Kebakaran tercetus menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki melompat keluar dari belon udara itu bagi menyelamatkan diri.
Kebanjiran pengunjung di pusat rekreasi, orang ramai perlu lebih waspada - Bomba
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan mengambil berat langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di air susulan banyak pusat pelancongan dan rekreasi di Terengganu mula dibanjiri pelancong.
13 kakitangan pusat peranginan di Gunung Jerai berjaya turun
Mereka turun dengan penyeliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas satu lorong di laluan terputus itu dibuka pada 5 petang semalam.
Thailand larang perhimpunan awam di kawasan COVID-19
Perhimpunan awam dilarang di kawasan yang dikawal ketat, yang merekodkan lebih daripada 50 kes dan kawasan terkawal yang mencatatkan lebih daripada 10 kes.
COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup
Semua premis diarah tutup dengan kadar segera selain turut kerja-kerja sanitasi dilaksanakan secara berkala demi menjamin kesejahteraan bersama.
Bomba selamatkan tujuh pengunjung terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh
Tujuh pengunjung ke pusat pelancongan Air Terjun Telaga Tujuh berdepan detik cemas apabila terkandas di puncak air terjun tersebut.
COVID-19: Peladang maut dipijak gajah keluar dari taman pelancongan
Dalam kejadian di daerah San Sai pada Khamis itu, lelaki dikenal pasti sebagai Sa-ard Khamsrijai, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.