awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang

Bernama
Bernama
22/01/2025
22:00 MYT
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk mencari seorang lelaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas. - Foto Sinar Harian
BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk mencari seorang lelaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas.
Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga individu yang hilang Andy Jee Ying Kit, 30 dari Sarawak, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
"Pasukan konsulat telah menghubungi sepupu Andy, yang memberikan maklumat mengenai perjalanan beliau ke Bangkok pada 8 Januari berdasarkan maklumat yang diberikan oleh rakan Andy," kata Bong kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata bahagian konsulat kedutaan memperoleh laporan polis orang hilang dan butiran pasport untuk membantu dalam pencarian.
Namun, Bong turut memaklumkan yang pihak berkuasa Thailand mungkin memerlukan masa tambahan untuk memeriksa rekod kemasukan beliau dan menyiasat kehilangan Andy jika beliau berada di Thailand berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarganya.
Sebelum ini, sepupu Andy memuat naik hantaran di media sosial untuk meminta bantuan orang ramai selepas Andy gagal kembali bekerja selama dua hari selepas bercuti.
Menurut hantaran itu, Andy dijadualkan kembali bekerja di Singapura pada 15 Januari, tetapi talian telefon beliau telah diputuskan menyebabkan pencarian untuknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#hantaran di media sosial
#warga Sarawak hilang
#bercuti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan