MALAYSIA

Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk

Bernama 07/02/2026 | 08:45 MYT
Pengembara Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sekiranya berlaku kecemasan semasa berada di wilayah terjejas. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara supaya berhati-hati ketika melakukan perjalanan ke wilayah yang disenaraikan di bawah amaran dan nasihat cuaca oleh Agensi Meteorologi Jepun berikutan ribut salji, salji lebat dan pembentukan lapisan ais atau enap timubus ais.


Ringkasan AI
  • Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara untuk berhati-hati di wilayah yang terjejas akibat amaran cuaca buruk yang melibatkan ribut salji dan pembentukan lapisan ais.
  • Wilayah yang dipengaruhi termasuk Hokkaido, Tohoku, Kanto, Koshin, Tokai, Hokuriku, Kinki, Chugoku, Shikoku, utara Kyushu, selatan Kyushu dan Amami.
  • Pengembara warga Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sekiranya berlaku kecemasan semasa berada di wilayah tersebut.


Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya pada Jumaat memaklumkan wilayah terjejas termasuk Hokkaido, Tohoku, Kanto, Koshin, Tokai, Hokuriku, Kinki, Chugoku (tidak termasuk Yamaguchi), Shikoku, utara Kyushu (termasuk Yamaguchi), selatan Kyushu dan Amami.

"Pengembara dinasihatkan supaya berwaspada apabila melakukan perjalanan di wilayah yang terjejas," menurut kenyataan itu.

Menurut kedutaan, sekiranya berlaku kecemasan, pengembara warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau +81-80-4322-3366, atau e-mel ke consular@tyo@kln.gov.my atau mwtokyo@kln.gov.my

-- BERNAMA


#salji tebal #Kedutaan Malaysia #rakyat Malaysia #Jepun