awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan M'sia di Indonesia adakan solat hajat untuk negara

Bernama
Bernama
17/03/2017
03:39 MYT
Kedutaan M'sia di Indonesia adakan solat hajat untuk negara
Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara. - Gambar fail
Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat semalam bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan turut menyertai jemaah untuk solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.
Solat hajat itu diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan tersebut, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.
Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.
Malaysia sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan diplomatik
#Indonesia
#Kedutaan Besar Malaysia
#Korea Utara
#solat hajat
#Zahrain Mohamed Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan