MALAYSIA
Keengganan ibu bapa beri suntikan vaksin satu penganiayaan - KPWKM
KPWKM menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan. -Gambar fail
Keengganan ibu bapa memberi suntikan vaksin dan imunisasi yang menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit yang membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa kanak-kanak, boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada kanak-kanak.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan hari ini menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
Ia berkata Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] menyatakan bahawa mana-mana orang yang menganiayai kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Menurut kementerian itu, Akta Kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April dan Dewan Negara pada 4 Mei lalu.
"Rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kini dalam tindakan untuk diwartakan dan dikuatkuasakan bagi meningkatkan hukuman bagi seksyen 31 berkenaan," katanya.