MALAYSIA
Kegagalan BMF penuhi syarat punca projek ITTO di Hulu Baram ditamatkan
Len Talif Salleh berkata BMF memberi penekanan kepada kaum Penan sahaja di UBFA, sedangkan terdapat komuniti lain seperti Kenyah, Kelabit dan Saban yang mempunyai kepentingan masing-masing di kawasan berkenaan.
KUCHING: Kegagalan badan aktivis alam sekitar berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fonds (BMF) untuk memenuhi syarat ditetapkan kerajaan Sarawak menyebabkan Projek Kawasan Hutan Hulu Baram oleh Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) ditamatkan.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata BMF memberi penekanan kepada kaum Penan sahaja di UBFA, sedangkan terdapat komuniti lain seperti Kenyah, Kelabit dan Saban yang mempunyai kepentingan masing-masing di kawasan berkenaan.
Beliau berkata tindakan BMF boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat di kawasan itu.
"BMF hendak menjadikan kawasan tersebut sebagai "Purely Conservation Area" bagi kelangsungan hidup untuk kaum Penan, sedangkan sudah ada TPA (Kawasan Terlindung Sepenuhnya) yang berhampiran (dengan UBFA)," katanya bagi menjawab soalan Datuk Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Beliau berkata penamatan projek itu tidak akan menjejaskan kelangsungan hidup komuniti di kawasan berkenaan, memandangkan banyak projek dan program peningkatan taraf hidup telah dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS), kementerian, jabatan dan agensi kerajaan lain.
Len Talif berkata kerajaan Sarawak melalui JHS telah bekerjasama dengan ITTO untuk 16 projek sejak 1992 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM68.8 juta.
"Sejak 1992, Jabatan Hutan Sarawak tidak pernah membatalkan projek yang ditandatangani dengan ITTO kecuali projek (UBFA) ini," katanya.
Beliau berkata JHS juga akan menjalankan dua lagi projek baharu bersama ITTO yang dijadualkan tahun ini dengan masing-masing di Sungai Menyang, Batang Ai dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.12 juta dan Hulu Baram dengan peruntukan RM645,000.
"Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO sama ada dari dalam atauluar negara selagi mereka tidak mempunyai agenda yang bertentangan dengan polisi kerajaan negeri ataupun kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Projek Kawasan Hutan Hulu Baram (UBFA) oleh ITTO ditamatkan kerana Bruno Manser Fonds (BMF) gagal memenuhi syarat kerajaan Sarawak, termasuk hanya memberi tumpuan kepada kaum Penan dan mengabaikan komuniti lain seperti Kenyah, Kelabit dan Saban.
- Kerajaan Sarawak menyatakan tindakan BMF boleh memecahbelahkan masyarakat kerana ingin menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pemuliharaan eksklusif untuk kaum Penan, walaupun sudah ada kawasan terlindung berhampiran.
- Penamatan projek UBFA tidak menjejaskan komuniti tempatan kerana pelbagai program pembangunan telah dijalankan. Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan dua projek baharu bersama ITTO di Sungai Menyang dan Hulu Baram.