KUALA LUMPUR: Keganasan rumah tangga menjadi penyebab utama kes penceraian di Malaysia yang mencatat angka 23 peratus ketika pandemik melanda, menurut Sisters in Islam (SIS).
Penderaan psikologi dan fizikal menjadi topik utama dalam aduan yang dikemukakan para isteri ketika menghubungi talian Telenisa untuk mendapatkan bantuan.
Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa berkata, antara faktor penyumbang lain kepada kes perceraian termasuk suami tidak beri nafkah, serta berlaku curang atau melibatkan pihak ketiga.
"Waktu pandemik pada 2020, punca utama perceraian yang dilaporkan di Telenisa ialah 23 peratus keganasan rumahtangga. Ini boleh dikupaskan lagi kepada dua jenis keganasan, iaitu psikologi dan fizikal.
"Punca lain termasuk suami tidak beri nafkah (18 peratus), curang (14 peratus)," kata Rozana dalam temu bual di AWANI Pagi hari ini.
Semalam, Pegawai Khas kepada Ketua Hakim Syarie Malaysia, Abdul Fattah Kamarudin dilaporkan berkata, 71,806 pasangan suami isteri beragama Islam di seluruh negara bercerai sejak awal tahun 2020 sehingga 29 Jun 2021.
Menurut SIS, poligami juga menjadi antara punca perceraian ketika pandemik, faktor yang pertama kali disenaraikan, menyumbang 10 peratus daripada keseluruhan faktor.
"Kemunculan poligami rahsia jadi punca perceraian dan punca baru pada 2020. Ini kerana, para isteri baru tahu suami berkahwin tanpa restu dan pengetahuan mereka setelah bertahun-tahun," kata Pegawai Undang-Undang SIS Ireeny Muzammel.
Sehubungan itu, jelasnya, isteri harus tahu hak mereka sekiranya tuntutan penceraian tidak diendahkan suami.
SIS berkata, wanita digalak menuntut fasakh sekiranya tiada jalan penyelesaian, bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka serta anak-anak.
"Fasakh dituntut isteri sekiranya suami tidak mahu menjatuhkan talak. Kes fasakh semakin meningkat dan ia beri cerminan bahawa tahap kesedaran wanita semakin tinggi dalam isu ini.
"Mereka sudah mengetahui apakah yang perlu dilakukan sekiranya tidak tahan dengan ketidakadilan dalam perkahwinan mereka," kata Ireeny.
Jelas SIS, mereka yang mempunyai masalah rumah tangga boleh menghubungi Telenisa di talian 03-79608802 bagi mendapatkan bantuan serta khidmat guaman sekiranya keretakan rumah tangga berlaku.
Hafizi Rosli
Wed Aug 25 2021

Ketika pandemik pada 2020, punca utama perceraian yang dilaporkan di Telenisa ialah keganasan rumahtangga, yang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu psikologi dan fizikal. - Gambar hiasan

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Tidak wajar beri kelonggaran suami berpoligami mohon Rumah Mampu Milik - SIS
Ia dibimbangi akan menggalakkan lebih ramai suami untuk berpoligami biarpun tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh SIS Forum untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Keganasan rumah tangga, poligami antara punca utama kes cerai tinggi - SIS
Penderaan psikologi dan fizikal menjadi topik utama dalam aduan yang dikemukakan para isteri ketika menghubungi talian Telenisa untuk mendapatkan bantuan.

Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS
Lebih 70 peratus wanita Muslim bersetuju dengan poligami, namun daripada jumlah itu, hanya 32 peratus membenarkan ia berlaku kepada mereka.

Isu fatwa di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah.

Isu SIS: Kenapa Anwar tidak mahu rujuk Yusof al-Qaradawi? - Dr. Fathul
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak setuju dengan pengharaman badan bukan kerajaan, 'Sisters in Islam' dilihat langkah pemimpin itu membenarkan penyelewengan ajaran Islam.

Wakil NGO enggan dedah lokasi pertemuan dengan Obama
Presiden Barack Obama bakal mengadakan pertemuan dengan wakil SUHAKAM, Bersih, Sisters in Islam dan pertubuhan agama.