MALAYSIA
Kegembiraan Deepavali bertukar duka, rumah baharu musnah dijilat api
Api dipercayai bermula dari sebuah bilik berhampiran dapur sebelum merebak ke ruang tamu dan siling rumah, menyebabkan hampir keseluruhan struktur kediaman terbakar. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Kegembiraan menyambut perayaan Deepavali bertukar menjadi detik pilu buat sebuah keluarga apabila kediaman mereka di Jalan Mayung, Teluk Kemang, di sini musnah dalam kebakaran, Jumaat lalu.
Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar jam 11 malam ketika penghuni utama rumah, R. Ribin, 25, sedang bertugas syif malam manakala ibu bapanya berada di Cyberjaya untuk menjemput adiknya dari kolej.
Menurut R. Ribin, dia hanya mengetahui tentang insiden tersebut selepas menerima beberapa panggilan tidak dijawab ketika waktu rehat sekitar jam 12.30 tengah malam.
“Saya hubungi semula dan diberitahu rumah kami terbakar. Saya sangat terkejut dan terus bergegas pulang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pada Ahad.
Jelasnya, api dipercayai bermula dari sebuah bilik berhampiran dapur sebelum merebak ke ruang tamu dan siling rumah, menyebabkan hampir keseluruhan struktur kediaman terbakar.
Tambahnya, rumah tersebut baru diduduki keluarga mereka sejak dua tahun lalu dan kebanyakan perabot serta kelengkapan rumah masih dalam keadaan baharu.
“Persiapan Deepavali juga hampir siap, kira-kira 80 peratus. Semua baju baharu kami hangus dalam kebakaran,” katanya dengan nada sedih.
Ribin berkata, lebih memilukan apabila kabinet televisyen yang baru dibeli dua hari sebelum kejadian turut musnah sama sekali dalam insiden tersebut.
Katanya lagi, kabinet dapur lengkap yang baru dipasang juga mengalami kerosakan teruk akibat bahang dan api yang marak.
“Kami sekeluarga memang tinggal di sini, saya bersama tiga adik-beradik dan ibu bapa, manakala seorang lagi abang kami menetap di Johor Bahru,” ujarnya.
Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun, keluarga tersebut bersyukur tiada nyawa terkorban dalam kejadian berkenaan meskipun terpaksa berhadapan dengan ujian berat menjelang sambutan Deepavali.

#Rumah terbakar Deepavali
#api bermula dari dapur
#perabot dalam keadaan baharu
#kerugian belum dapat dipastikan