awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu lemas

Bernama
Bernama
12/05/2025
12:11 MYT
Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu lemas
BBP Setiu menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.42 petang sebelum menggerakkan sepuluh anggota ke lokasi. - Gambar hiasan
BANDAR PERMAISURI: Kegembiraan lapan sekawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memanfaatkan cuti umum dengan mandi di Lata Changkah bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas.
Muhammad Hady Izzudyn Ikmal Hisam, 23, berkata dia dan mangsa Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, yang kali pertama mengunjungi kawasan air terjun berkenaan, pada mulanya mandi bersama enam lagi rakan mereka di bahagian tengah lata berkenaan.
"Saya kemudian naik ke darat untuk minum dan melihat mereka berenam semakin ke tengah dan sebenarnya mereka tidak pandai berenang.
"Tidak lama selepas itu, saya nampak mereka semua mula terkapai-kapai. Saya pun pergi tolong dan berjaya selamatkan lima daripada mereka dengan bantuan orang awam. Tapi, Wan Ahmad Irfan kami tak jumpa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Komander Operasi Zuraidi Mohd Yusuf dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.42 petang sebelum menggerakkan sepuluh anggota ke lokasi.
Operasi mencari dan menyelamat penuntut Fakulti Undang-Undang itu katanya bermula 4 petang sebelum mayat Wan Ahmad Irfan ditemukan di dasar air pada kedalaman 4.5 meter, kira-kira 28 minit selepas itu.
"Lima rakan mangsa yang hampir lemas dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca. Memang ketika kejadian tidak hujan di lokasi tapi keadaan air yang keruh mungkin menandakan berlakunya hujan di kawasan hulu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lata changkah
#lemas
#pelajar unisza
#bbp setiu
#air terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan