awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran 1.2 juta pengunjung, PBAKL tarik golongan muda

Bernama
Bernama
30/05/2025
10:33 MYT
Kehadiran 1.2 juta pengunjung, PBAKL tarik golongan muda
Golongan muda merekodkan kehadiran tertinggi pada acara tahunan itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sejak 23 Mei lepas. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 mencatatkan jumlah pengunjung yang sangat memberangsangkan setakat semalam dengan kehadiran kira-kira 1.2 juta pencinta buku.
Pengerusi Pengelola PBAKL Mohd Khair Ngadiron berkata daripada jumlah itu golongan muda merekodkan kehadiran tertinggi pada acara tahunan itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sejak 23 Mei lepas.
"Pada 29 Mei sahaja kami menerima lebih 240,000 pengunjung yang menunjukkan minat membaca buku.
"Sebanyak 70 peratus pengunjung PBAKL terdiri daripada generasi muda berusia 40 tahun ke bawah dan hasil jualan buku terus laris kerana ada pempamer membuat "live" di Instagram dan TikTok setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Beliau berkata cuti sekolah yang bermula semalam turut menjadi antara faktor penyumbang kepada lonjakan kehadiran pengunjung selain pengisian reruai permainan kanak-kanak.
"Sempena cuti sekolah ini, saya lihat ibu bapa datang bersama anak-anak berduyun-duyun dan ini merupakan aktiviti yang sihat bagi mengisi masa bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara mereka," katanya.
Menurutnya antara kelainan PBAKL tahun ini adalah penambahan jumlah dewan dan keluasan tapak bagi memberikan keselesaan serta pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung.
PBAKL berlangsung mulai 23 Mei hingga 1 Jun ini dari 10 pagi hingga 10 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBAKL
#pengunjung
#golongan muda
#minat membaca
#pesta buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan