awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran delegasi Israel atas jemputan PBB, bukan Malaysia - Reezal

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/03/2018
06:49 MYT
Kehadiran delegasi Israel atas jemputan PBB, bukan Malaysia - Reezal
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kehadiran Israel adalah atas jemputan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu. - Gambar fail/BERNAMA
Kehadiran delegasi dari Israel dalam Forum Bandar Sedunia (WUF) pada Februari lalu tidak harus dilihat sebagai isyarat Malaysia ingin menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana kehadiran mereka adalah atas jemputan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan bukan Kerajaan Malaysia.
"Malaysia dan Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) telah menandatangani Perjanjian Negara Penganjur yang merupakan syarat bagi mana-mana persidangan PBB yang dianjurkan di luar lokasi ibu pejabat PBB.
"Artikel 3 perjanjian tersebut menyatakan penyertaan forum harus terbuka kepada semua negara anggota PBB.
"Dalam hal ini, kehadiran adalah berdasarkan jemputan dan bukan atas kerajaan Malaysia," kata Reezal.
Malah, tambah beliau, pihak kerajaan juga tidak menghantar mana-mana pegawai kerajaan atau polis untuk menyambut delegasi Israel ketika ketibaan mereka.
"Delegasi dari Israel merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak diberi kawalan keselamatan.
"Tindakan ini adalah bagi menunjukkan Malaysia tidak mengalu-alukan kedatangan mereka dan kemasukan mereka hanyalah disebabkan oleh jemputan dari PBB," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) mengenai adakah Malaysia bercadang untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas menerima kehadiran delegasi mereka di WUF baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#delegasi
#Forum Bandar Sedunia
#hubungan diplomatik
#Israel
#Malaysia
#PBB
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Reezal Merican
#Reezal Merican Naina Merican
#UN-Habitat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan