awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/01/2019
10:13 MYT
Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau
Wakil The Top, Nor Faezah Khalid, memberi penerangan mengenai dinasour kepada murid-murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Seri Relau hari ini. - BERNAMA
Menyahut seruan Menteri Pendidikan mengenai konsep pembelajaran terbuka, Sekolah Kebangsaan Seri Relau di Bayan Lepas, Pulau Pinang mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakannya.
Sempena dengan hari pertama sesi persekolahan 2019 hari ini, murid-murid sekolah tersebut 'dikejutkan' dengan kehadiran beberapa ekor 'dinosaur' yang menyambut kehadiran mereka ke sekolah.
Guru Besar, Norsilawati Ishak berkata, pihak sekolah mendapat kerjasama daripada pengurusan The Top Komtar untuk menurunkan maskot dinosaur tersebut sempena program 'Syoknya ke Sekolah' yang dianjurkan pihak sekolah hari ini.
Katanya, program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid dan ibu bapa serta komuniti tentang konsep open classroom, untuk memberi peluang pembelajaran luar bilik darjah dengan gaya dan suasana yang lebih santai.
"Ia selaras dengan saranan Menteri Pelajaran untuk pembelajaran di luar bilik darjah. Jadi kita perkenalkan program yang diberi nama 'Syoknya Ke Sekolah' ini supaya murid-murid seronok datang ke sekolah, bukan sahaja hari ini tetapi hari-hari biasa juga," katanya Norsilawati.
Pada program itu, pihak The Top telah menurunkan dua maskot utama mereka yang dikenali sebagai George dan Pearl serta kawanan dinosaur dari salah sebuah laman interaktif mereka iàitu Jurassic Research Center.
Pengurus The Top Komtar, Abdul Rahman Bohari berkata, dia berharap program tersebut dapat menggalak murid-murid untuk belajar bukan sahaja melalui buku teks tetapi juga sentuhan dan pemerhatian keadaan sekeliling.
Sementara itu, keterujaan jelas terpancar pada wajah murid-murid SK Seri Relau yang mengambil peluang mendekati dan menyentuh dinosaur itu.
"Seronok tengok dinosaur pakai kostum dan juga kerana dapat kembali ke sekolah. Cikgu ceria, kami pun ceria," ujar Irdanish Arfan Irwan Asran, 12, seorang murid Tahun 6.
Topic Berkaitan
#dinosaur
#hari pertama sekolah
#sekolah kebangsaan seri relau
#the top komtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan