Kehadiran kapal pengawal pantai China di luar kawasan perairan Gugusan Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautika dari pantai Miri, berada dalam kawalan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin komunikasi terus antara pihak Kedutaan China di Malaysia dengan kepimpinan negeri Sarawak akan dapat membantu dalam mengukuhkan keyakinan rakyat Sarawak yang bimbang dengan kehadiran kapal itu.
Dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dua hari lepas, Hishammuddin berkata beliau telah memaklumkan akan cuba mendapatkan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang untuk mengunjungi Ketua Menteri tidak lama lagi.
Katanya beliau telah mengarahkan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin untuk menghubungi kedutaan China bagi mengatur perjumpaan itu.
"Malah esok di Sembrong (Johor) saya akan bersama dengan Duta Dr Huang untuk meraikan Tahun Baharu Cina, jadi saya boleh sampaikan pesanan nanti..., jadi jangan bimbang, keadaan berada dalam kawalan," katanya dalam sidang media selepas melawat Makam Pahlawan di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata demikian semasa ditanya mengenai kehadiran kapal pengawal pantai China di kawasan berkenaan yang dikesan sejak dua tahun lepas, yang mengakibatkan nelayan laut dalam tempatan takut mendekatinya.
Jun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata Malaysia akan meneruskan mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal pengawal pantai China itu.
Sementara itu, Hishammuddin berkata Malaysia bernasib baik kerana negara bukan sahaja memiliki hubungan diplomatik yang baik dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, tapi juga dari segi hubungan 'diplomasi ketenteraan'.
Beliau berkata menerusi kelebihan ini, ia diharap akan dapat membantu dalam mencari penyelesaian yang baik ketika berhadapan apa jua persoalan yang timbul, kerana menurutnya isu berkaitan geopolitik Laut China Selatan cukup kompleks dan tidak mudah untuk ditangani, apa lagi apabila ia berkaitan dengan kuasa besar.
Hishammuddin kemudiannya beredar ke Hospital Umum Sarawak untuk menziarahi Kolonel (Bersara) Dunstan Nyaring anak Angking, 72, yang merupakan anak pribumi Sarawak yang pertama berpangkat Kolonel sekitar 1980-an, yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan kuman di kakinya.
Beliau kemudiannya dijadualkan melawat rumah di bawah skim 1Malaysia Veteran Home Repair (1MVRP) di Kampung Sikog, Padawam, kira-kira 20km dari sini dan bertemu dengan veteran tentera, sebelum menamatkan lawatan kerja tiga hari beliau ke Sarawak.
Bernama
Sat Feb 13 2016

Hishammuddin berkata beliau telah memaklumkan akan cuba mendapatkan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang untuk mengunjungi Ketua Menteri tidak lama lagi. - fotoBernama

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.

Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.

Forum Putrajaya: Keselamatan, kestabilan Laut China Selatan tanggungjawab bersama anggota ASEAN - Hishammuddin
Malaysia konsisten bahawa segala isu berkaitan pertindihan kawasan perlu diselesaikan dengan dialog bagi mencari kesepakatan.

BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.

PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.

Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.

Varian Omicron: Kerajaan tangguh sementara peralihan ke fasa endemik - Hishammuddin
Keputusan itu dicapai Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 ke-hari ini, sehingga lebih banyak perincian diperolehi tentang varian baharu Omicron.

Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.