MALAYSIA
Kehadiran Trump keputusan bersama pemimpin ASEAN - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (Skuad YPM) Peringkat Negeri Johor 2025, di Arena Larkin hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara hujung bulan ini bukan keputusan eksklusif Malaysia sebagai tuan rumah, sebaliknya konsensus semua negara anggota.
Ringkasan AI
- Kehadiran Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah keputusan konsensus ASEAN, bukan eksklusif Malaysia sebagai tuan rumah.
- Malaysia kekal tegas menentang campur tangan AS dalam isu Gaza dan Palestin, walaupun menghormati keputusan sebulat suara pemimpin ASEAN.
- Isu kehadiran Trump dijangka dibahas di Parlimen, namun Ahmad Zahid menekankan kepentingan menghormati keputusan Sekretariat ASEAN.
"Trump ialah Presiden Amerika Syarikat, namun ini tidak menghentikan ketidaksetujuan kita jika ada campur tangan Amerika terhadap apa yang berlaku di Gaza dan Palestin.
"Pendirian itu tidak pernah berubah, namun sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia harus menghormati keputusan sebulat suara pemimpin-pemimpin ASEAN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skuad Yayasan Pelajaran MARA Peringkat Negeri Johor 2025 di Stadium Tertutup Arena Larkin, di sini hari ini.
Menurut beliau, isu kehadiran Trump itu juga berkemungkinan dibahas pada sidang Parlimen yang akan bermula esok.
"Mereka (Ahli Parlimen) boleh berbeza pendapat, tetapi kita harus menghormati keputusan Sekretariat ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami