awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/07/2022
09:36 MYT
Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal menjelaskan, selain Ustaz Kazim, ramai lagi rakan-rakan lama beliau dari pelbagai parti turut hadir ke majlis yang diadakan pada Isnin.- Gambar fail
IPOH: Kehadiran penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi pada Isnin adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin yang turut hadir.
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan, selain Ustaz Kazim, ramai lagi rakan-rakan lama beliau dari pelbagai parti turut hadir ke majlis itu.
"Ramai kawan-kawan lama datang kerana ini adalah kenduri rakyat Aidiladha, kita nak sambut Hari Raya, kita gembira, kita boleh berkumpul, berjumpa kawan-kawan, mengadakan jamuan dan sebagainya.
"Begitu juga Ustaz Kazim Elias juga yang sebenarnya tinggal, rumah beliau berhadapan dengan tapak program. Maka beliau hadir menghormati kehadiran Tan Sri Muhyiddin dan juga sebagai umat Islam yang perlu dicontohi apabila ada tetamu mengadakan kenduri, beliau juga turut hadir," katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak hari ini.
Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan kepimpinan PN Perak.
Terdahulu, Ustaz Kazim tiba di majlis itu ketika Muhyiddin sedang berucap dan ketibaan beliau turut diumumkan pengacara majlis.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, PN Perak telah menubuhkan struktur organisasi di semua 24 kawasan Parlimen di negeri itu sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dengan penubuhan tersebut, katanya, akan lebih memudahkan perbincangan mengenai calon-calon yang akan bertanding.
Topic Berkaitan
#Ustaz Kazim Elias
#Faizal Azumu
#PN Perak
#penceramah bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan