awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehidupan daif ibu tunggal dapat perhatian kerajaan negeri

Bernama
Bernama
13/01/2022
12:35 MYT
Kehidupan daif ibu tunggal dapat perhatian kerajaan negeri
Pondok usang yang didiami Syurnida Juliati Mohd Shah, 46, bersama dua lagi anaknya ketika ditemui di Kampung Bukit Rambai hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Lebih lima bulan mendiami pondok usang yang jauh di dalam kebun, nasib seorang ibu tunggal dan dua anaknya mendapat perhatian kerajaan negeri yang mengambil tindakan pantas dengan memindahkan mereka ke kediaman lebih selesa.
Syurnida Juliati Mohd Shah, 46, berkata dia terdesak tinggal di situ apabila hilang pendapatan ketika sekatan pergerakan dilaksanakan selain tidak mampu membayar sewa rumah bulanan sebanyak RM400.
Katanya, sebagai ibu dia juga tidak sanggup membiarkan anak-anaknya hidup dalam kedaifan malah terpaksa menyerahkan anak bongsu berusia 12 tahun kepada bapa saudaranya untuk dijaga di Triang, Pahang.
"Tiada ibu yang mahu anak-anaknya susah dan rasa ini tuhan saja yang tahu kerana terpaksa berpisah tetapi kami kena kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Rambai di sini hari ini.
Syurnida Juliati berkata dia tidak menyangka asbab anak lelaki sulungnya membantu mangsa banjir di Krubong baru-baru ini bersama sukarelawan Rakan Muda membawa hikmah yang besar malah menjadi titik permulaan buat keluarga mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Katanya, kehidupan mereka yang serba kekurangan itu diketahui selepas sekumpulan sukarelawan Rakan Muda berkunjung ke pondok mereka untuk menyampaikan bantuan yang akhirnya tular dalam media sosial sejak semalam.
Selama mendiami pondok itu, mereka turut terdedah dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular sawa, biawak dan sebagainya.
"Rasa sangat bersyukur dan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan membantu mendapatkan tempat tinggal sementara yang lebih baik berbanding di pondok ini.
"Sekurang-kurangnya ia lebih selesa dan selamat selain memberi semangat kepada saya untuk mengubah nasib keluarga kami kepada lebih baik," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri Melaka Muhammad Ayyad Abdullah berkata keluarga ini dipindahkan ke rumah transit di Pangsapuri Pokok Mangga tanpa perlu membayar sewa.
Beliau berkata kedua-dua anak wanita itu juga akan diberi bantuan pendidikan selain menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#Syurnida Juliati Mohd Shah
#kehidupan daif
#kerajaan negeri
#sekatan pergerakan
#Kampung Bukit Rambai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan