JOHOR BAHRU: Kejadian dua beradik rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini semalam tidak melibatkan sebarang elemen jenayah.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata justeru itu ibu bapa khususnya dinasihatkan agar sentiasa memastikan tahap keselamatan di rumah terutamanya barangan elektrik berada dalam keadaan baik.
"Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam, polis buat siasatan juga ditakuti ada elemen jenayah boleh disiasat...tetapi kita percaya elemen itu tiada," katanya ketika melawat lokasi kejadian dan menyerahkan sumbangan kepada bapa mangsa, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin.
Kamarul Zaman berkata pihak polis juga akan membantu mempercepatkan proses bedah siasat dua mayat mangsa hari ini di Hospital Sultanah Aminah.
Sementara itu, bapa mangsa Muhammad Fikri Abdul Mubian, 28 tahun ketika ditemui berkata dia tidak menyangka dua anaknya itu 'hilang' sekelip mata dan menjelaskan isteri Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27 masih trauma.
Dia yang baharu menyewa empat bulan di rumah itu berkata kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja.
"Isteri ada cerita..anak-anak baru lepas mandi dan makan, dia pergi buang sampah tidak sampai 15 minit perkara ini berlaku.
"Tidak boleh dijangka, saya pun tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh hendak salahkan sesiapa, memang ajal macam ini saya kena terima," katanya yang berasal daripada Negeri Sembilan.
Katanya dia juga akan berpindah daripada kawasan itu kerana tidak mampu menahan kepedihan kemalangan yang menyebabkan kematian kedua-dua anaknya itu.
Dalam insiden pada 1.40 tengah hari semalam, dua beradik itu yang dikenali sebagai Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2 ditemukan rentung di dalam bilik tidur mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Dua beradik Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2 ditemukan rentung di dalam bilik tidur mereka. - Gambar fail
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.
Sepupu kesal tak dapat selamatkan dua beradik rentung
Kata Siti Salwani, sebelum itu dia terdengar bunyi percikan api dan keluar dari rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mangsa.
Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan
Pusat Khidmat Parlimen Gombak dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga terjejas.
Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
'Saya hilang dua cucu sekali gus'
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
Kejadian dua beradik rentung tiada elemen jenayah- KP Johor
Kejadian dua beradik rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri semalam tidak melibatkan elemen jenayah.
Rentung dua beradik: Mangsa tinggal berdua semasa kejadian - Polis
Pihak polis memaklumkan, ibu kepada mangsa berada di rumah jiran, manakala bapa mereka bertugas di luar.
Rentung dua beradik: Datuk saudara redah masuk namun terhalang kepulan asap
Datuk saudara dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Dato Sulaiman Menteri cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit namun terhalang oleh kepulan asap tebal.
Dua beradik warga emas rentung kerana tidak jumpa kunci gril
Mangsa dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya seorang OKU, Ida Din, 56.
Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran
Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui rentung di bawah katil.