awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat

Bernama
Bernama
13/05/2024
13:30 MYT
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Tular di laman media sosial beberapa rakaman video menunjukkan kejadian kepala air berlaku di air terjun yang terletak di laluan Tapah-Cameron Highlands itu. - Gambar JBPM
IPOH: Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.
Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada kira-kira 9 pagi tadi.
"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian sama turut dilaporkan berlaku di air terjun Lata Kinjang dan hujan lebat di kawasan Kampar dan Tapah malam tadi juga menyebabkan paras air di Sungai Kampar berada pada paras bahaya pagi tadi namun tiada kejadian banjir dilaporkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini.
Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa rakaman video menunjukkan kejadian kepala air berlaku di air terjun yang terletak di laluan Tapah-Cameron Highlands itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#kepala air
#Lata Kijang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan