awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2023
10:45 MYT
Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Sebahagian bangkai anak kucing yang ditemui mati di kawasan Pasar Borong Jerantut disyaki dibunuh. - Foto FB Animal Malaysia
KUANTAN: Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.
Menerusi kenyataannya, NGO itu memaklumkan, kejadian disedari pada Rabu oleh seorang penduduk tempatan (pengadu) sebelum dilaporkan kepada pihaknya kira-kira jam 8 malam.
Melalui kenyataan menerusi Facebooknya, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran itu kepada orang ramai yang berjaya merungkai perbuatan zalim tersebut.
"Keadilan akan dituntut bagi mengekang kejadian lebih buruk berulang.
“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749," katanya.
NGO itu memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat itu.
"Pihak bertanggungjawab perlu diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis ketika dihubungi memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kes tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh anak kucing
#pasar borong jerantut
#Persatuan Haiwan Malaysia
#rendam anak kucing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan