awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di masjid

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2018
07:31 MYT
Kejam! Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di masjid
Bayi lelaki cukup sifat itu dipercayai berusia tiga hari dan tali pusat telah dipotong serta diikat.
Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak di hadapan Masjid Ar-Rahman Parit Gantung Sungai Rambai, Jasin Melaka pagi tadi.
Bayi yang cukup sifat berbalut kain berwarna biru gelap itu ditemui bersama botol susu dan sebungkus susu tepung oleh jemaah masjid yang ingin menunaikan solat subuh di masjid berkenaan kira-kira pukul 5.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi yang dipercayai berusia sekurang-kurangnya tiga hari itu berada dalam keadaan sihat dan sempurna.
Katanya, bayi berkenaan pada awalnya ditemui oleh jemaah wanita sebelum memaklumkan perkara itu kepada bilal masjid yang bertugas.
Bayi malang itu yang diletakkan di dalam kotak ditinggalkan di hadapan masjid berkenaan.
Bayi malang itu yang diletakkan di dalam kotak ditinggalkan di hadapan masjid berkenaan.
"Siasatan awal mendapati tali pusat bayi lelaki itu telah dipotong dan diikat menggunakan reben selain dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.
Jelas Arshad, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi mengenal pasti kedua ibu bapa bayi tersebut memandangkan masjid berkenaan tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian luar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Bayi lelaki malang itu ditinggalkan di masjid ini oleh individu tidak bertanggungjawab.
Bayi lelaki malang itu ditinggalkan di masjid ini oleh individu tidak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#bayi
#bayi lelaki
#CCTV
#Deputi Superintendan Arshad Abu
#dibuang
#ditinggalkan
#Hospital
#Jasin
#Ketua Polis Daerah Jasin
#masjid
#Masjid Ar-Rahman Parit Gantung Sungai Rambai
#polis
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan