awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan RUU Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan bukti kerajaan ada majoriti - Fahmi

Bernama
Bernama
28/08/2025
09:40 MYT
Kejayaan RUU Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan bukti kerajaan ada majoriti - Fahmi
Fahmi berkata, tindakan pembangkang keluar dewan sejurus keputusan undian diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat sekadar usaha memutarbelitkan kekalahan mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kejayaan Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 yang diluluskan secara undi belah bahagian hari ini, sekali lagi membuktikan bahawa pihak kerajaan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Ringkasan AI
  • Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan melalui undi belah bahagian di Dewan Rakyat dengan 125 undi bersetuju, membuktikan kerajaan mempunyai majoriti, manakala tindakan pembangkang keluar dewan selepas keputusan diumum disifatkan sebagai usaha memutarbelit kekalahan.
  • Perdana Menteri menyatakan RUU ini sebagai reformasi besar yang memperkukuh semak dan imbang, termasuk membolehkan keputusan Menteri Kewangan dicabar melalui Panel Kajian Semula dan Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali.
  • RUU turut memperkenalkan tindakan punitif terhadap ketidakpatuhan perolehan, termasuk terhadap Menteri Kewangan, dan disifatkan oleh Menteri Komunikasi sebagai bukti kekuatan kerajaan berbanding pembangkang yang gagal berhujah secara berfakta.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan pembangkang keluar dewan sejurus keputusan undian diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sekadar usaha memutarbelitkan kekalahan mereka.
"Kita lihat bagaimana pembangkang setelah tewas dalam undi, mencuba untuk putar belit kekalahan mereka seolah-olah isu lain yang telah menimbulkan keresahan, sehingga menyebabkan mereka keluar dari dewan.
"Bagi saya ini satu taktik yang sangat sinis dan mereka sebenarnya perlu menerima bahawa mereka telah kalah dan sekali lagi membuktikan bahawa pihak kerajaan mempunyai majoriti sementara mereka kekal tidak cukup jumlahnya," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Terdahulu, Johari mengumumkan RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 125 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, seorang tidak mengundi dan 32 tidak hadir.
Fahmi dalam pada itu, turut menyatakan kekecewaan terhadap hujah-hujah pembangkang dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang disifatkannya sekadar retorik dan emosi tanpa berpaksikan fakta.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kedua berkata Kerajaan MADANI melakukan satu lagi reformasi besar yang tidak berani atau sanggup dilaksanakan pentadbiran terdahulu menerusi pembentangan RUU Perolehan Kerajaan 2025.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi RUU itu, semak dan imbang diperkukuh dengan keputusan perolehan termasuk keputusan Menteri Kewangan boleh dicabar dan dikaji semula menerusi proses Panel Kajian Semula dan seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali.
Perdana Menteri berkata RUU Perolehan Kerajaan juga memperkenalkan tindakan punitif atas ketidakpatuhan perolehan dan Menteri Kewangan tidak terkecuali atas kesalahan yang diperuntukkan dalam RUU itu.
Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini yang bersidang selama 24 hari bermula dari 21 Julai lepas akan melabuhkan tirai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Perolehan
#Fahmi Fadzil
#undi belah bahagi
#kerajaan ada majoriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan