KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejelasan dasar penting untuk meraih keyakinan pelabur asing dan juga domestik.
Beliau berkata melalui dasar yang jelas, seperti Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan juga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kerajaan telah beralih daripada pendekatan tradisional menyemak semula dasar.
Sebaliknya, kerajaan telah melakukan anjakan dan penyesuaian dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi negara pada masa ini, katanya.
Anwar berkata, beliau akan lebih optimis pada hasil yang bakal dicapai pada masa depan sekiranya kerajaan menguruskan ekonomi dengan dasar yang jelas dan merancang lebih awal untuk mencapai keputusan sambil menangani masalah dengan sedaya mungkin.
"Kejelasan dasar penting untuk menjana keyakinan pelabur asing dan domestik kerana terdapat defisit kepercayaan secara umumnya.
"Selain itu, terdapat defisit kepercayaan disebabkan dasar sebelum ini dibentuk untuk memberi keuntungan kepada golongan elit sehingga menjejaskan majoriti penduduk. Jadi peralihan dalam tadbir urus ini, bagi saya, adalah kritikal," kata Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan penutup pada Forum Megatrends Khazanah (KMF) 2023, di sini, hari ini.
--BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejelasan dasar penting untuk meraih keyakinan pelabur asing dan juga domestik. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Polis mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai 'Papagomo' di rumahnya di Putrajaya pada pagi Jumaat.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Kejelasan dasar penting untuk raih keyakinan pelabur asing, domestik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejelasan dasar penting untuk meraih keyakinan pelabur asing dan juga domestik.