MALAYSIA

Kejutan 'Najib letak jawatan' terima pelbagai reaksi

Teoh El Sen 18/02/2013 | 07:12 MYT
Satu kenyataan palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ‘meletak jawatan’ mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruang siber.

Salah satu pengguna twitter, @adriene, menyimpulkan bahawa situasi ini sama ada satu kerja godaman, atau kerja dalaman Jabatan Penerangan, bila mana kenyataan palsu itu dikeluarkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengguna internet lain bergurau tentang kenyataan yang pelik itu yang kononnya dikeluarkan agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ada yang mengulas secara sinis dengan berkata adalah agak pelik bagi seorang ahli politik Malaysia untuk meletakkan jawatan, atau meminta maaf.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun, ada pihak yang bersimpati dengan presiden UMNO itu, dengan bertanya mengapa terdapat mereka yang cuba untuk membuli Najib. Turut dikaitkan adalah berita terkini Senator Australia Nick Xenophon yang diusir keluar Malaysia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jabatan Penerangan hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Najib “secara rasminya meletak jawatannya hari ini selaku Perdana Menteri diatas desakan rakyat Malaysia”.

‘Kenyataan' itu juga berkata bahawa Najib meminta maaf kepada pemimpin pembangkang kerana memfitnah mereka.

Pada bulan Ogos tahun lepas, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘meminta maaf’ kepada Najib dalam mesej Hari Raya melalui blog beliau.

Anwar mendakwa ia adalah kerja penggodam daripada pihak tertentu UMNO.
#Anwar Ibrahim #godam #Jabatan Penerangan #Najib Razak