awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekangan PdP dalam talian, kajian keberkesanan dilaksanakan - KPT

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/07/2021
02:45 MYT
Kekangan PdP dalam talian, kajian keberkesanan dilaksanakan - KPT
KPT berkata, Pemberi Pendidikan Tinggi boleh mengambil inisiatif melaksanakan program berdasarkan jadual anjal termasuk melanjutkan aktiviti-aktiviti pentaksiran dan penilaian secara berterusan.
KUALA LUMPUR: Satu kajian terhadap keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam talian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi menambah baik proses pembelajaran.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pihaknya sentiasa mengambil berat dan memandang serius terhadap pelaksanaan PdP secara dalam talian.
"KPT prihatin dengan kekangan dan kesukaran dihadapi pelajar dan tenaga pelajar sepanjang tempoh pandemik yang mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KPT turut menyarankan IPT menjadikan nota oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 8 Februari 2021 sebagai panduan pengendalian program pendidikan tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Berdasarkan Nota Panduan (Advisory Note) yang telah dikeluarkan, Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) diberikan fleksibiliti untuk mengendalikan aktiviti PdP secara dalam talian dan PPT perlu menyediakan pelan tindakan mengikut kesesuaian keperluan pengajaran dengan mengambil kira keadaan semasa.
"Pelbagai kaedah pembelajaran dalam talian telah diperkenalkan dan boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian kursus-kursus yang ditawarkan.
"Bagi kursus atau komponen pembelajaran yang memerlukan pelaksanaan secara bersemuka dan tidak dapat diganti melalui kaedah pembelajaran dalam talian, boleh dianjakkan ke minggu pembelajaran atau semester akan datang atau setelah PPT merangka kaedah pembelajaran dalam talian yang bersesuaian," katanya.
Mengulas lanjut, KPT berkata, PPT juga boleh mengadakan inisiatif untuk melaksanakan program berdasarkan jadual anjal termasuk melanjutkan aktiviti-aktiviti pentaksiran dan penilaian secara berterusan.
Topic Berkaitan
#pelajar
#pendidikan
#PKP
#dalam talian
#Institusi Pengajian Tinggi
#perintah kawalan pergerakan
#Pembelajaran dan Pengajaran
#pdp
#Pemberi Pendidikan Tinggi
#jadual anjal
#fleksibiliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan