MALAYSIA
Kekasih didakwa bunuh Suri
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara 30 hingga 40 tahun. - Gambar Astro AWANI
TAMPIN: Suspek utama pembunuhan Suri Narudin yang mayatnya ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Disember lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, hari ini.
Tertuduh Zainizan Zainal, 51, bagaimanapun hanya menunduk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduan, tertuduh yang dipercayai kekasih mangsa didakwa telah membunuh Suri Narudin, 53, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Kesalahan itu dilakukan antara 7 hingga 18 Disember 2025 lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang dibawa ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna kelabu dan berseluar jeans didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara 30 hingga 40 tahun.
Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan bedah siasat dan forensik selain tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Mohamad Redza Azhar pada penghakimannya kemudian menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
Alzafny mengesahkan, mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.