awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/01/2026
01:40 MYT
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Kekayaan sumber asli tidak semestinya membawa kepada kemakmuran negara dan negara yang gagal membina institusi kukuh berisiko terperangkap dalam “perangkap sumber." - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kekayaan sumber asli tidak semestinya membawa kepada kemakmuran negara dan negara yang gagal membina institusi kukuh berisiko terperangkap dalam “perangkap sumber”, kata penganalisis politik dan ekonomi global, Samirul Ariff Othman.
“Minyak, gas dan mineral bukanlah kekayaan sebenar; ia hanyalah input. Kekayaan hanya terhasil apabila sumber diurus dengan baik, dibangunkan oleh institusi berkemahiran, dilindungi oleh kestabilan politik dan disepadukan dalam strategi nasional yang melangkaui politik jangka pendek,” katanya menerusi satu penulisan kepada Astro AWANI.
Menjadikan Venezuela sebagai contoh, Samirul berkata, negara itu memiliki rizab minyak terbesar di dunia tetapi kini hanya menghasilkan kurang daripada satu juta tong sehari, jauh lebih rendah berbanding dua dekad lalu.
“Masalahnya bukan pada geologi. Ia adalah tadbir urus: pengurusan sumber yang dipolitikkan, hakisan autonomi institusi, penghijrahan bakat, tiada disiplin fiskal dan akhirnya kehilangan kredibiliti yang menukar kekayaan minyak kepada kerentanan ekonomi,” jelasnya.
Sebaliknya, pengalaman Malaysia melalui PETRONAS membuktikan bahawa rizab yang sederhana mampu memberi nilai besar kepada negara melalui disiplin institusi dan kesinambungan dasar.
“PETRONAS dibina berasaskan prinsip yang sukar dikekalkan oleh banyak negara kaya sumber, pengurusan profesional yang bebas daripada campur tangan politik harian, disiplin komersial, pelaburan berterusan dalam modal insan dan teknologi serta penjajaran dengan strategi nasional di peringkat persekutuan,” katanya.
Beliau turut memberi amaran bahawa wilayah yang kaya sumber sering mengelirukan pemilikan dengan autonomi strategik, sedangkan autonomi memerlukan skala, kedalaman modal, keupayaan teknologi, pengaruh diplomatik dan kredibiliti kawal selia.
“Sumber tidak menjadikan sesebuah negara kaya. Institusi yang menjadikannya kaya. Minyak tanpa tadbir urus mengundang eksploitasi. Autonomi tanpa koordinasi mengundang perpecahan,” tegasnya.
Samirul yang juga pensyarah sambilan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan perunding kanan di Global Asia Consulting berkata, Malaysia mengelak perangkap sumber dengan menggabungkan kedaulatan dan mengekalkan PETRONAS sebagai institusi nasional yang berwibawa di peringkat antarabangsa.
“Bahaya terbesar dalam ekonomi sumber bukan kerana memiliki terlalu sedikit, tetapi kerana percaya boleh berdikari hanya kerana tanahnya kaya dengan sumber,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#sumber asli
#kekayaan
#kemakmuran negara
#Rizab minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan