awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekecohan di KLIA: Tiada kelibat Tiong King Sing di SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2023
11:00 MYT
Kekecohan di KLIA: Tiada kelibat Tiong King Sing di SPRM
Tiong sebelum ini mendedahkan wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Petugas media yang berkampung di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa pulang hampa apabila tiada kelibat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kelihatan.
Malah, individu warga China yang dikatakan akan dibawa bersama King Sing untuk hadir ke SPRM juga tidak kelihatan.
Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan King Sing dan warga China pada Isnin bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku pegawai Imigresen.
King Sing yang juga Ahli Parlimen dilapor hadir bagi menjelaskan dakwaan rasuah di kalangan pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1).
Beliau sebelum ini mendedahkan wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.
Ia selepas satu rakaman luar mengenai King Sing menceroboh pintu masuk utama negara tanpa memiliki pas keselamatan didakwa cuba membebaskan seorang pelawat China.
Pada Ahad, pihak polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Terminal 1 terbabit. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#kecoh di KLIA
#SPRM
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan