awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
05/01/2025
07:15 MYT
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Walid (gambar kecil) berkata perbuatan sedemikian sama sekali tidak mencerminkan moral dan etika rakyat Palestin. - Foto/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali meluahkan kekesalannya atas insiden kekecohan yang berlaku melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam.
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad, ujarnya perbuatan sedemikian sama sekali tidak mencerminkan etika, moral dan budaya rakyat Palestin.
‘’Pertama sekali, saya memohon maaf untuk apa yang telah berlaku. Ini bukan etika kita, ini bukan moral kita, ini bukan agama kita dan ini bukan budaya kita. Saya sangat sedih melihat apa yang telah berlaku.
‘’Malangnya, beberapa individu ini yang dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan, telah bertindak balas secara negatif.
‘’(Kami) memahami situasi yang mereka alami dan tekanan yang mereka hadapi. Mereka telah kehilangan ramai ahli keluarga. Mereka datang dari medan perang. Mereka berada di bawah banyak tekanan emosi,’’ katanya.
Beliau menambah pihaknya sentiasa menghargai usaha Kerajaan Malaysia yang sebelum ini bertindak membawa warga Palestin yang tercedera dari Mesir untuk menerima rawatan di negara ini.
Justeru, beliau menggesa semua warga Palestin yang terlibat dalam insiden tersebut untuk terus menghormati undang-undang di Malaysia.
‘’Mereka harus menunggu dan menghormati peraturan dan sistem di Malaysia. Apa yang mereka lakukan semalam benar-benar tidak boleh diterima sama sekali,’’ tambahnya.
Dalam masa sama, Walid memaklumkan permintaan mereka untuk pulang sedang dalam proses bersama pihak berkuasa Malaysia.
"Penyelarasan membawa mereka ke Malaysia adalah proses yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Mesir.
"Jadi keputusan untuk menempatkan mereka di sini atau menghantar mereka pulang ke Mesir, mestilah perjanjian bersama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir.
"Pejabat Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Wisma Putra sedia maklum mengenai perkara ini," ujar beliau lagi.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di WTKL petang semalam, seperti yang tular di media sosial, berpunca daripada keinginan mereka mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kejadian pada pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#rakyat Palestin
#video tular
#kecoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan