awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee

Bernama
Bernama
16/06/2022
09:27 MYT
Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata kekerapan antara tren akan dikurangkan daripada lapan minit kepada sekurang-kurangnya lima minit selepas lebih banyak gerabak rosak diperbaiki.
"Kita dah kenal pasti apa sebabnya, sekarang perlu dibuat pembaikan. Jadi Ogos ini interim progress kita kekerapan pada lima minit dan November barulah kita dapat membaiki sepenuhnya (masalah tren)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Wee mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral di sini.
Beliau berkata pihaknya menetapkan sasaran pada Ogos dan November kerana perlu melakukan banyak penyelenggaraan pencegahan atas faktor keselamatan.
Wee berkata pihaknya memohon maaf kepada pengguna LRT yang terjejas namun menegaskan bahawa sebarang kelewatan tidak dapat dielakkan demi keselamatan.
"Kalau kita masih gunakan (tren bermasalah) dan ada risiko, kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini (berlaku)," katanya.
Pada 22 Mei lepas, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengenal pasti punca utama kebocoran bendalir hidraulik dan kerosakan angkup brek LRT laluan Kelana Jaya yang tergendala.
Jawatankuasa itu terdiri daripada syarikat pembekal alat ganti tren kendalian Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pengeluar peralatan asli (OEM) dan perunding luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekerapan tren
#LRT
#Transit Aliran Ringan
#laluan Kelana Jaya
#Menteri Pengangkutan
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan