KUALA LUMPUR: Terdapat peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling berikutan kekurangan bekalan ayam, namun ia masih boleh dibeli pada harga serendah RM6.99 sekilogram di pasaran.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.
Berdasarkan kemas kini harga harian di aplikasi Price Catcher oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam bulat standard dijual sekitar RM6.99 sehingga RM9.50 sekilogram, manakala ayam bulat super dijual sekitar RM7.90 ke RM10.90 sekilogram di ibu negara, setakat semalam.
Harga terendah di Lotus's Selayang iaitu RM6.99 sekilo, manakala beberapa premis pula menjualnya pada harga RM8.90 sekilogram antaranya Mydin (Sinar Kota), Pasaraya Ong Tai Kim (Sentul), Pasar Pudu, NSK Trade City (Jalan Peel) dan Pasar Batu 5.
Aplikasi berkenaan menyediakan harga terendah dan tertinggi berdasarkan tinjauan KPDNHEP dalam masa tiga bulan dan boleh ditetapkan mengikut radius kawasan.
Di KELANTAN, peniaga, Hafiz Mustapa, 34, berkata dia terpaksa menaikkan harga RM2 bagi seekor ayam berbanding harga kebiasaan yang dijualnya berikutan kekurangan bekalan sejak tiga hari lepas.
"Sebelum ini saya dapat bekalan 50 ekor ayam sehari dengan harga sekitar RM10 hingga RM11 seekor, namun sekarang saya mendapat hanya 20 ekor pada harga RM12 seekor," katanya.
Di PERAK, tinjauan mendapati harga ayam standard di kedai dan pasar basah sekitar Ipoh meningkat sehingga RM9.30 sekilogram semalam berbanding RM8.30 sekilogram.
Seorang peniaga Muhammad Qusyairi, 30 berkata isu kekurangan bekalan ayam menyebabkan harga ayam semakin tinggi.
Di SELANGOR tinjauan di beberapa lokasi mendapati ayam habis dijual dengan harga antara RM8.90 dan RM10.50 sekilogram.
Manakala di PAHANG dan MELAKA, tinjauan mendapati ayam dijual pada harga ditetapkan, namun terdapat peniaga mengenakan caj tambahan bagi khidmat memotong ayam pada kadar 60 sen hingga RM1 sekilogram.
Sementara itu, di JOHOR, NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU dan KEDAH, bekalan ayam boleh didapati di pasar awam dan pasar raya pada harga ditetapkan kerajaan.
Di SABAH, ayam masih dijual mengikut harga kawalan sekitar RM11 sekilogram, sementara harga bagi ayam mengikut bahagian berharga antara RM11 dan RM14 sekilogram.
Harga siling ayam di Sabah, Sarawak dan Labuan ditentukan mengikut lokasi.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling ayam pada kadar RM8.90 sekilogram di Semenanjung dengan subsidi sebanyak RM729.43 juta disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Berapakah harga ayam di kawasan anda? - Gambar hiasan

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Bekalan ayam ada, pelanggan pula kurang
Keadaan jualan merosot berlaku sejak isu kekurangan bekalan ayam yang melanda negara bermula bulan lalu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

MAFI, KPDNHEP adakan mesyuarat khas esok bincang bekalan, harga ayam
Ini susulan keputusan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Kerajaan laksana simpanan stok ayam atasi kekurangan bekalan
Setakat ini bekalan ayam dalam negara masih lagi stabil dan mencukupi, malah pengeluarannya melebihi 105 peratus.

Tular: Netizen Singapura berdebat isu sebungkus ayam Malaysia berharga RM232
Pasar raya itu berharap pencerahan itu dapat menjawab salah faham yang terjadi susulan perkara tersebut menjadi tular.

Pengguna di Pahang lega, bekalan ayam mencukupi
Operasi perniagaan di gerai menjual ayam berjalan lancar, malah ada gerai yang tutup lebih awal kerana bekalan ayam habis terjual.

Bekalan ayam Johor pulih dua minggu lagi
Kerajaan negeri menjangkakan bekalan ayam di Johor pulih dalam tempoh dua minggu lagi selepas kekurangan bekalan baru-baru ini.

Penternak harap harga ayam diapungkan susulan penamatan subsidi
Kerajaan diharap dapat mengapungkan harga ayam yang kini ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, susulan penamatan subsidi 60 sen setiap kilogram kepada penternak sejak 5 Feb lepas.

Bekalan ayam di Lembah Klang semakin pulih, harga kekal RM11.40 sekilogram
Bekalan ayam di Lembah Klang dilihat semakin pulih apabila peniaga di Pasar Borong Selangor kembali menerima bahan mentah itu.