MALAYSIA
Kekurangan pekerja asing cabaran terbesar bagi industri getah - MRC
Muhammad Eizaaz menekankan bahawa Malaysia telah beralih daripada menjadi pembekal getah mentah utama dunia kepada pengeluar utama produk bernilai tinggi seperti sarung tangan, tayar dan barangan getah kejuruteraan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Cabaran paling mendesak yang dihadapi oleh industri getah Malaysia ialah kekurangan pekerja asing dalam sektor pembuatan hiliran, kata Majlis Getah Malaysia (MRC).
Ketua Pegawai Eksekutif MRC Muhammad Eizaaz Muhammad Redzuan berkata pihak industri telah memohon bantuan kerajaan untuk memastikan bekalan pekerja yang berterusan bagi menyokong pengeluaran.
"Industri juga berdepan cabaran seperti peningkatan kos operasi yang perlu dihadapi oleh pengeksport dan pengeluar, termasuk tarif air dan tenaga yang lebih tinggi, caruman statuari seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta perbelanjaan lain.
"Kami percaya perbincangan antara pihak berkuasa kerajaan dan pemain industri adalah penting bagi mencari penyelesaian untuk mengurangkan tekanan ini," katanya kepada Bernama selepas tampil dalam program The Nation terbitan Bernama TV hari ini.
Mengulas mengenai permintaan antarabangsa di tengah-tengah persaingan dari negara seperti Thailand, China dan Vietnam, beliau berkata Malaysia masih mempunyai kelebihan tertentu tetapi mesti mengurangkan kos produk.
"Ini hanya boleh dicapai menerusi penggunaan automasi, pendigitalan dan kemajuan teknologi yang lebih baik, yang akan membantu mengurangkan kos pengeluaran dan melindungi margin perniagaan dalam pasaran produk getah global," katanya.
Muhammad Eizaaz berkata prospek ekonomi dan geopolitik kekal sukar memandangkan ketegangan politik, tarif Amerika Syarikat (AS) dan keperluan kemampanan serta pematuhan yang lebih ketat, tetapi menekankan terdapat cara bagi mengharungi cabaran itu.
Terdahulu dalam program itu, beliau menekankan bahawa Malaysia telah beralih daripada menjadi pembekal getah mentah utama dunia kepada pengeluar utama produk bernilai tinggi seperti sarung tangan, tayar dan barangan getah kejuruteraan.
Katanya, jumlah eksport getah dan produk getah berjumlah RM33.5 bilion pada 2024, dengan sektor sarung tangan getah menyumbang hampir 40 peratus.
"Sarung tangan getah merupakan inisiatif perindustrian strategik yang sangat menonjol yang dijalankan oleh pengeksport kami," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu hampir separuh daripada tahun-tahun 2020 dan 2021 yang 'tidak dijangka', apabila permintaan ketika pandemik mendorong eksport mencecah hampir RM60 bilion.
"Kami boleh melakukan dengan lebih baik, kerana RM33.5 bilion adalah penurunan hampir 50 peratus daripada tahun pandemik. Walaupun persaingan dan ketegangan geopolitik terus berlaku, kami menetapkan sasaran lebih tinggi bagi mengukuhkan bahagian pasaran kami di AS, Eropah dan ASEAN," kata Muhammad Eizaaz.
Beliau turut menyatakan bahawa walaupun AS kekal sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia bagi produk getah iaitu berjumlah 33 peratus daripada penghantaran - pasaran baru muncul seperti Mesir dan Amerika Selatan sedang diterokai untuk mengurangkan risiko tarif dan halangan perdagangan.
"Pasaran baharu ini tidak boleh menggantikan AS, iaitu pasaran premium dengan harga lebih tinggi dan pangkalan pengguna yang lebih besar, jadi strategi kami adalah untuk menambahnya daripada menggantikannya," katanya.
--BERNAMA