[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Kelab malam tidak boleh beroperasi: Polis, PBT diarah ambil tindakan

Harits Asyraf Hasnan 30/05/2020 | 08:34 MYT
Tindakan meneruskan operasi kelab malam adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang. - Gambar Hiasan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis diarah mengambil langkah menutup kelab malam yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan meneruskan operasi kelab malam adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang.
"Masih tidak ada lagi kebenaran untuk kelab malam dibuka. Mana-mana kelab malam yang beroperasi itu dianggap melanggar undang-undang dan peraturan.
"Saya harap, polis dan PBT dapat mengambil tindakan segera untuk memastikan kelab-kelab malam tersebut ditutup kerana melanggar akta dan undang-undang yang kita keluarkan," katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan apabila ada pengusaha kelab malam yang mempromosikan perniagaan mereka di laman sosial.
#ismail sabri yaakob #kelab malam #keselamatan #laman sosial #tindakan kelab malam #tutup kelab malam #undang-undang