MALAYSIA
Kelantan bakal perkenal lumba perahu sebagai tarikan pelancongan baharu
Acara lumba perahu itu dirancang sebagai nilai tambah kepada acara larian Jambatan Guillemard yang telah dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri sejak tahun lepas. - Gambar/ FB Guillemard Bridge Kusial River Tanah Merah
TANAH MERAH: Acara lumba perahu bakal diperkenalkan di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Guillemard mulai tahun hadapan sebagai usaha menjadikannya produk pelancongan baharu di kawasan berkenaan.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata acara lumba perahu itu dirancang sebagai nilai tambah kepada acara larian Jambatan Guillemard yang telah dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri sejak tahun lepas.
"Untuk menambahkan lagi populariti tempat itu sebagai lokasi pelancongan di Kelantan, kita akan mengadakan perlumbaan perahu di Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Jambatan Kereta Api Guillemard.
"Acara ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke sini selain turut menyertai acara larian yang diadakan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri acara Larian Guillemard 2.0 di sini hari ini.
Kamaruddin berkata acara larian itu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-101 pembinaan jambatan kereta api itu dan disertai 2,000 peserta.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang berganding bahu menjadikan kawasan itu sebagai produk pelancongan untuk dikunjungi orang ramai. Kita akan terus menambah elemen-elemen menarik yang ada kaitan dengan sejarah kereta api dan jambatan berkenaan.
"Jambatan itu mempunyai keunikan dan nilai sejarahnya yang tersendiri. Walaupun sudah berusia 101 tahun, ia masih digunakan dan terus berkhidmat kepada rakyat Kelantan dan juga dari luar Kelantan," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi menaik taraf acara larian itu ke peringkat antarabangsa.
"Mungkin akan diadakan larian di jambatan kereta api yang merentasi Sungai Kelantan. Pada asasnya, pihak KTMB bersetuju untuk menarik lebih ramai pelancong luar menyertai acara ini. Namun, perbincangan lanjut masih dijalankan, khususnya melibatkan aspek keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Acara lumba perahu akan diperkenalkan di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Guillemard mulai tahun hadapan sebagai produk pelancongan baharu, melengkapi acara larian yang telah dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri.
- Acara larian Guillemard dianjurkan sempena ulang tahun ke-101 jambatan kereta api bersejarah itu dan disertai 2,000 peserta; kerajaan negeri akan terus menambah elemen berkaitan sejarah jambatan untuk menarik pelancong.
- Kerajaan negeri merancang menaik taraf acara larian ke peringkat antarabangsa dengan kerjasama KTMB, termasuk kemungkinan mengadakan larian di atas jambatan kereta api yang merentasi Sungai Kelantan.