MALAYSIA
Kelantan bakal promosi pelancongan negeri di China
Penggambaran segmen promosi akan bermula pada Januari 2026, manakala siarannya dijadualkan pada Mac. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan akan mempromosikan keunikan negeri ini melalui saluran televisyen satelit popular China, Hunan TV, bermula awal tahun depan bagi menarik lebih ramai pelancong.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata penggambaran segmen promosi akan bermula pada Januari 2026, manakala siarannya dijadualkan pada Mac.
"Segmen selama satu jam itu menampilkan dua slot promosi merangkumi lokasi menarik, aktiviti lasak, makanan tradisional, kebudayaan warisan Kelantan, keharmonian kaum dan aspek keselamatan. Wakil narator Hunan TV akan meneroka keunikan negeri ini bersempena Tahun Melawat Kelantan 2026," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Monsoon Cup 2025 di Pantai Bisikan Bayu, di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri beruntung kerana slot promosi antarabangsa itu turut menerima tajaan beberapa pihak, termasuk anak Kelantan di luar negara.
Menurutnya, Hunan TV ialah rangkaian televisyen kedua terbesar di China dan sering mencatat jumlah tontonan kedua tertinggi selepas China Central Television.
Kamaruddin optimis usaha promosi itu akan merancakkan industri pelancongan negeri, dengan kemudahan hotel serta penginapan yang mencukupi bagi menampung kedatangan pelancong dari China.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan akan mempromosikan keunikan negeri melalui saluran televisyen Hunan TV, China, mulai tahun depan bagi tarik lebih pelancong. Segmen promosi selama satu jam akan menonjolkan lokasi menarik, makanan tradisional, dan kebudayaan warisan Kelantan.
- Penggambaran segmen promosi akan bermula Januari 2026 dengan siaran dijangka pada Mac. Usaha ini dilakukan sempena Tahun Melawat Kelantan 2026. Hunan TV dikenali sebagai rangkaian televisyen kedua terbesar di China.
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan percaya usaha ini akan meningkatkan industri pelancongan negeri, disokong oleh tajaan beberapa pihak termasuk anak Kelantan di luar negara. Ini dijangka memberi impak positif terhadap kemudahan penginapan bagi pelancong dari China.