MALAYSIA
Kelantan bentang RUU Enakmen keluarga Islam baharu Selasa depan
Mohd Amar berkata RUU Enakmen Keluarga Islam yang kali terakhir dipinda pada 2002 itu perlu ditambah baik mengikut perkembangan semasa. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam yang baharu Selasa depan, bagi menggantikan RUU sedia ada pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga 2025 yang bermula esok.
Ringkasan AI
Speaker DUN Datuk Mohd Amar Abdullah berkata RUU Enakmen Keluarga Islam yang kali terakhir dipinda pada 2002 itu perlu ditambah baik mengikut perkembangan semasa.
Beliau berkata enakmen baharu itu secara dasarnya akan memfokuskan had hukuman yang perlu ditingkatkan berbanding sebelum ini, sesuai dengan nilai wang semasa selain beberapa kesalahan baharu dalam kekeluargaan Islam terutamanya membabitkan perkahwinan.
"RUU ini adalah pembaharuan sepenuhnya daripada RUU Enakmen Keluarga Islam 2002 dan akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud pada sidang DUN ini disusuli sesi perbahasan," katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohd Amar berkata sidang DUN kali ini akan diadakan selama lima hari, dimulakan dengan pembentangan belanjawan negeri oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada hari pertama persidangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan RUU Enakmen Keluarga Islam baharu pada sidang DUN, dengan penekanan terhadap peningkatan hukuman dan kesalahan baru dalam kekeluargaan Islam.
- Speaker DUN menyatakan bahawa RUU baharu tersebut akan menumpukan pada nilai wang semasa serta pembaharuan sepenuhnya berbanding RUU sedia ada sejak 2002.
- Sidang DUN Kelantan akan berlangsung selama lima hari, bermula dengan pembentangan belanjawan negeri oleh Menteri Besar, diikuti dengan pembentangan RUU Enakmen Keluarga Islam yang baru.
Speaker DUN Datuk Mohd Amar Abdullah berkata RUU Enakmen Keluarga Islam yang kali terakhir dipinda pada 2002 itu perlu ditambah baik mengikut perkembangan semasa.
Beliau berkata enakmen baharu itu secara dasarnya akan memfokuskan had hukuman yang perlu ditingkatkan berbanding sebelum ini, sesuai dengan nilai wang semasa selain beberapa kesalahan baharu dalam kekeluargaan Islam terutamanya membabitkan perkahwinan.
"RUU ini adalah pembaharuan sepenuhnya daripada RUU Enakmen Keluarga Islam 2002 dan akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud pada sidang DUN ini disusuli sesi perbahasan," katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohd Amar berkata sidang DUN kali ini akan diadakan selama lima hari, dimulakan dengan pembentangan belanjawan negeri oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada hari pertama persidangan.
-- BERNAMA
#RUU Enakmen Keluarga Islam
#kerajaan negeri Kelantan
#sidang Dewan Undangan Negeri
#mohd amar abdullah