KOTA BHARU: Kelantan akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu dalam masa terdekat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
"Ia adalah permintaan Perdana Menteri bagi membincangkan kaedah pelaksanaan dan jumlah peruntukan tertentu secara lebih teliti untuk atasi masalah air di Kelantan.
"Kerajaan Persekutuan memberi tempoh seminggu untuk membentuk jawatankuasa ini. Kerajaan negeri belum membuat pembentukan itu... kemungkinan besar Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob akan umumkan siapa pengerusi dan ahli jawatankuasa itu selepas mesyuarat exco Rabu ini," katanya.
Azami berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan penggantian paip di Pasir Tumboh di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Beliau juga berkata perancangan untuk mengatasi masalah pembekalan air bersih di Kelantan melibatkan dua fasa dengan yang pertama pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS) di Machang untuk jangka pendek yang sudah diluluskan sebanyak RM630 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.
Azami berkata fasa pertama turut melibatkan pembinaan loji dan tangki agihan dengan kos RM1.5 bilion dan penggantian paip sepanjang 3,500 kilometer yang memerlukan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.
"Bagi fasa kedua pula, projek jangka panjang melibatkan pembinaan TAPS di kawasan lain termasuk Tumpat daripada baki peruntukan RM8 bilion yang dipohon oleh kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata sejumlah 4,006 kilometer paip perlu diganti di seluruh Kelantan dan AKSB melalui kontraktor yang dilantik setakat ini telah menyiapkan kira-kira 412 kilometer.
Azami berkata penggantian paip untuk baki 3,500 kilometer lagi dijangka mengambil masa agak lama kerana pelbagai prosedur perlu dilalui termasuk proses mendapatkan permit.
"Kita mungkin akan buat serentak... kita akan buat penukaran paip mengikut jajahan dan kita juga mungkin perlu melantik lebih banyak kontraktor bagi mempercepat proses penggantian ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Azami berkata sejumlah 4,006 kilometer paip perlu diganti di seluruh Kelantan dan AKSB melalui kontraktor yang dilantik setakat ini telah menyiapkan kira-kira 412 kilometer. -Bernama
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.

AKSB bukan tutup kaunter, tapi kakitangan ke tandas - Mohd Amar
Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.

Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Penggunaan air pili bomba dibenarkan - AKSB
AKSB memaklumkan penggunaan air daripada pili bomba untuk tujuan kecemasan dan atas kepentingan awam dibenarkan.

Salah guna pili bomba tanpa kebenaran
Hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

69 balai bomba berusia lebih 50 tahun perlu dinaik taraf - Nga
Sebanyak 69 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara berusia melebihi 50 tahun perlu dinaik taraf, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.

Isu air Kelantan: Aidilfitri tanpa rumah terbuka, mandi tumpang telaga
Masalah ketiadaan air di beberapa lokasi di negeri ini yang meruncing menyebabkan pengguna terpaksa menjalani rutin seperti mandi sunat satu Syawal dengan menumpang air telaga rumah jiran.

Syawal di Kelantan terganggu akibat kekurangan bekalan air - ABIM
Setiap kali menjelangnya Syawal, penduduk di Kelantan kerap berdepan isu gangguan bekalan air yang dilihat menjejaskan sambutan perayaan itu.