MALAYSIA
Kelantan cadang wujudkan dua RnR di jajaran projek LTU, KBKK
Izani berkata RnR yang dikenal pasti bagi jajaran LTU adalah di Laloh, Kuala Krai manakala jajaran KBKK pula di Bukit Bakar, Machang. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kelantan bercadang mewujudkan dua kawasan hentian Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK).
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Izani Husin berkata RnR yang dikenal pasti bagi jajaran LTU adalah di Laloh, Kuala Krai manakala jajaran KBKK pula di Bukit Bakar, Machang.
"Kita bersetuju bahawa dengan adanya RnR ini akan memberi limpahan ekonomi kerana perhubungan baharu ini ada kaitan dengan perkembangan ekonomi, jadi ia memang sudah ada dalam perancangan.
"Dari segi reka bentuk RnR pula kita masih belum ada lagi tetapi kita bersetuju sekiranya reka bentuk ini dibina mengikut reka bentuk negeri Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zubir Abu Bakar (PAS-Mengkebang) yang bertanya perancangan untuk mewujudkan RnR di Kuala Krai bagi meningkatkan sektor ekonomi setempat dan tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan LTU, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan bercadang mewujudkan dua kawasan Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), masing-masing di Laloh, Kuala Krai dan Bukit Bakar, Machang.
- Rancangan pembinaan RnR ini bertujuan memberi limpahan ekonomi kepada kawasan setempat melalui perhubungan baharu, dengan reka bentuk dicadangkan mengikut identiti negeri Kelantan.
- Cadangan ini dibangkitkan dalam persidangan DUN Kelantan sebagai usaha meningkatkan sektor ekonomi dan tarikan pelancongan di Kuala Krai selaras dengan pembangunan LTU.