awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kelantan catat penurunan kes denggi enam bulan pertama tahun ini

Bernama
Bernama
20/06/2025
15:45 MYT
Kelantan catat penurunan kes denggi enam bulan pertama tahun ini
Dr Zaini berkata 180,414 premis telah diperiksa bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk Aedes di Kelantan setakat 15 Jun, dengan 501 kompaun bernilai RM250,000 dikeluarkan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jumlah kes demam denggi di Kelantan mencatatkan penurunan sebanyak 12.5 peratus dengan 875 kes direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 1,000 kes bagi tempoh sama tahun lepas, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata bilangan kejadian wabak denggi pula meningkat kepada 66 wabak berbanding 50 wabak dalam tempoh yang sama, namun tiada kes kematian dilaporkan.
"Pada tahun ini, tiada lokaliti wabak hotspot (lokaliti wabak berlarutan melebihi tempoh 30 hari dari tarikh bermula) di Kelantan. Graf kes denggi di Kelantan ketika ini rendah dengan 17 kes dilaporkan pada minggu ke-24.
"Kelantan kini berada di kedudukan kesembilan dalam senarai negeri mencatatkan kes denggi tertinggi," katanya kepada Bernama pada Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Kelantan serta Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah.
Dr Zaini berkata 180,414 premis telah diperiksa bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk Aedes di Kelantan setakat 15 Jun, dengan 501 kompaun bernilai RM250,000 dikeluarkan.
Beliau berkata 73,900 ekor nyamuk Aedes berWolbachia telah dilepaskan di Kelantan iaitu 31,600 ekor di kawasan Pondok Terusan, Pasir Tumboh; 24,400 ekor di kawasan Kubur Maras, Kota Bharu pada 2021; dan 17,900 ekor hari ini di Bandar Baru Kubang Kerian.
Tiada kes denggi dilaporkan di Pondok Terusan selepas pelepasan dilakukan, berbanding 134 kes dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala hanya dua kes direkodkan di Kubur Maras, iaitu satu kes pada 2023 dan 2024 berbanding 81 kes dalam tempoh lima tahun sebelum 2021.
Dr Zaini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan kira-kira RM705,500 sepanjang tempoh empat tahun pelaksanaan kawalan denggi di Pondok Terusan dan Kubur Maras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#aedes
#kes denggi
#lokaliti wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami