awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali

Bernama
Bernama
06/03/2024
20:45 MYT
Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Datuk Mej (B) Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sumber Manusia Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memfokuskan pembangunan di kawasan Bandar Baru Tunjong dan pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh di sini sebagai langkah meningkatkan sektor pelaburan dan perdagangan negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sumber Manusia Perdagangan dan Keusahawanan negeri Datuk Mej (B) Md Anizam Ab Rahman berkata pembangunan itu dilaksanakan dengan mengambil kira kedua-dua lokasi itu yang berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada masa akan datang.
Beliau berkata pembangunan itu dijangka memberi impak besar kepada pelaburan dan pembangunan ekonomi Kelantan dengan mengambil contoh pembangunan Taman Industri seluas 200 ekar di Tok Bali yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebelum ini.
Menurut Md Anizam kerajaan negeri turut melancarkan Rancangan Kawasan Khas Tunjong 2035 tahun lepas bagi memastikan pembangunan di kawasan berkenaan dijalankan dengan sistematik dan terancang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan Abdul Hadi Awang Kechil (Pas-Kuala Balah) semasa Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.
"Pendekatan lain yang turut dilaksanakan termasuk menyediakan kit pelaburan berhubung info prospek dan dasar negeri kepada pelabur, memperkenalkan portal e-Pelaburan selain mengadakan libat urus dan kajian insentif pelabur dari semasa ke semasa untuk pastikan tawaran yang kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Tunjong
#Tok Bali
#ECRL
#DUN Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan