awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti

Bernama
Bernama
21/09/2024
12:53 MYT
Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti
Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISB Holdings sebagai sesat sekiranya ia menyamai organisasi al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Beliau berkata pihaknya juga akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.
"Saya akan membincangkan isu ini di jawatankuasa muzakarah jika ada perkara-perkara berbangkit atau ciri-ciri baharu dalam GISBH, maka barulah satu fatwa baharu akan dikeluarkan," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#sesat
#Kelantan
#Mufti Kelantan
#al-arqam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan