awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perkenal perkhidmatan river cruise Mei ini

Bernama
Bernama
07/04/2025
20:00 MYT
Kelantan perkenal perkhidmatan river cruise Mei ini
Kamarudin berkata perkhidmatan itu akan memberi peluang kepada pelancong menikmati panorama indah sepanjang Sungai Pengkalan Datu hingga ke Tambatan Diraja. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Aktiviti pelayaran sungai atau river cruise bakal menjadi produk pelancongan terbaharu di Kelantan yang dijangka mula beroperasi pada Mei ini, kata Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor.
Beliau berkata, perkhidmatan itu akan memberi peluang kepada pelancong menikmati panorama indah sepanjang Sungai Pengkalan Datu hingga ke Tambatan Diraja.
"Perkhidmatan ini sangat eksklusif dengan hanya memuatkan 18 penumpang pada satu-satu masa. Bot ini turut menyediakan hidangan masakan tradisional Kelantan.
"Kemudahan ini juga akan berhenti di beberapa hentian terpilih termasuk Laman Warisan dan beberapa lokasi bersejarah sekitar Pengkalan Datu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Records kepada Hotel Renai, di sini, pada Isnin.
Hotel Renai menerima tiga pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas pencapaian menyediakan menu iftar terbanyak dalam sehari, gerai makanan dalam hotel terpanjang dan jamuan iftar terbesar sepanjang Ramadan lepas.
Sementara itu, Kamarudin berkata, pencapaian Hotel Renai bukan sahaja membanggakan pihak pengurusan hotel berkenaan malah turut mengharumkan nama Kelantan.
"Pencapaian ini memberi impak besar kepada persepsi pelancong terhadap kemampuan sektor perhotelan negeri dalam memenuhi keperluan mereka ketika berkunjung ke sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#jamuan iftar
#mbor
#River Cruise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan