awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan peruntuk RM30,000 bagi sektor pendidikan untuk setiap DUN

Bernama
Bernama
28/05/2023
08:31 MYT
Kelantan peruntuk RM30,000 bagi sektor pendidikan untuk setiap DUN
Datuk Mumtaz Md Nawi berkata peruntukan itu bagi memperkasakan sektor pendidikan selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. - Gambar fail/Twitter @drzul_albakri
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 secara tahunan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi sektor pendidikan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata peruntukan itu bagi memperkasakan sektor pendidikan selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
"Peruntukan ini juga meliputi mereka yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) selain sumbangan anugerah kecemerlangan dengan setiap penerima akan menerima secara one-off berjumlah RM100 hingga RM150 seorang.
"Selain wang one-off berkenaan, rakyat Kelantan juga boleh memohon pinjaman melanjutkan pengajian dengan agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2023 UiTM Cawangan Kelantan di Bazar Tok Guru di sini hari ini, yang turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kelantan Prof Dr Abdol Samad Nawi.
Sementara itu, mengenai tular seorang pemuda yang kekurangan dana untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, Mumtaz berkata kerajaan negeri sudah menyalurkan sumbangan wang tunai kepada pelajar berkenaan.
"Kerajaan Kelantan telah menyalurkan sumbangan wang tunai kepada pelajar berkenaan cuma beliau mahu mencukupkan perbelanjaan yang diperlukan dengan bantuan tambahan daripada masyarakat," katanya.
Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp mengenai seorang pemuda Ahmad Arif Aziz yang merupakan pelajar miskin selain bapanya orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, kekurangan dana sebanyak RM7,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#peruntukan
#sektor pendidikan
#Mumtaz Md Nawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan