awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan peruntuk RM55.38 juta bina rumah rakyat, dhuafa tahun ini

Bernama
Bernama
08/06/2022
23:30 MYT
Kelantan peruntuk RM55.38 juta bina rumah rakyat, dhuafa tahun ini
Ahmad Yakob (tengah) mendengar penerangan Pengarah SBJ BinaJaya Development Sdn Bhd Jason Tan Chee Seng (kanan) semasa melawat ruang jualan selepas merasmikan majlis MAPEX negeri Kelantan 2022 di Mydin Mall, Tunjung, 8 Jun 2022. -- fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan memperuntukkan sebanyak RM55.38 juta tahun ini bagi program pembinaan rumah rakyat termasuk rumah dhuafa kepada golongan yang berkelayakan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak RM22.35 juta diperuntuk bagi pembinaan 270 rumah dhuafa kepada golongan asnaf dengan setiap wakil rakyat di negeri itu akan memperoleh kuota enam rumah untuk diberikan kepada penduduk memerlukan.
"Pembinaan setiap rumah membabitkan kos RM55,000 dan akan dilengkapi tiga bilik malah peruntukan menerusi program ini juga boleh digunakan untuk membaiki rumah rosak bagi golongan yang memerlukan sebanyak RM10,000.
"Antara syarat untuk layak menerima bantuan rumah menerusi peruntukan program ini adalah mereka perlu memiliki tanah sendiri atau tanah diberikan perakuan daripada ibu bapa atau saudara," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Pemilikan Rumah Negeri Kelantan anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Kelantan di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi REHDA Kelantan Muhammad Amir Bakhtiar Yusoff.
Ahmad berkata menerusi kempen berkenaan, kerajaan negeri turut membenarkan orang Melayu yang bukan anak jati Kelantan membeli rumah tanpa kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.
"Antara syarat itu termasuk beristeri atau bersuami dengan orang peranakan Kelantan, mempunyai pertalian mengikut waris terdekat dengan seorang peranakan Kelantan, bekerja dengan kerajaan atau agensi kerajaan di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Muhammad Amir Bakhtiar berkata REHDA sentiasa komited dalam libat urus bersama kerajaan pusat, negeri dan agensi berkaitan dalam menyumbang maklumat supaya kos pematuhan dapat dikurangkan atau dikekalkan pada kadar efektif dan berdaya saing.
"Rata-rata pemaju yang menyertai kempen dan pameran yang dianjurkan oleh REHDA adalah mereka yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai pemaju berlesen selain diselia di bawah beberapa akta termasuk Akta Perumahan.
"Malah, setakat ini juga REHDA turut menyediakan 30 peratus daripada setiap projek pembinaan untuk rumah mampu milik kepada golongan yang layak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#rumah rakyat
#rumah dhuafa
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan