MALAYSIA
Kelantan tamatkan beberapa syarikat lombong emas, pasir kerana gagal patuh syarat
Mohamed Fadzli berkata penamatan dibuat setelah kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap prestasi serta tahap pematuhan syarikat terbabit. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menamatkan kontrak beberapa syarikat pajakan perlombongan termasuk emas dan pasir, selepas didapati gagal mematuhi syarat perjanjian sehingga menjejaskan alam sekitar, kualiti air serta aspek tadbir urus.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata penamatan dibuat setelah kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap prestasi serta tahap pematuhan syarikat terbabit terhadap syarat ditetapkan.
Beliau berkata proses ini turut mengambil kira keperluan mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Sekeliling (EIA) yang memerlukan tempoh masa tertentu untuk diselesaikan.
"Jadi dalam hal ini, memang kerajaan mengambil berat soal impak terhadap alam sekitar dan ada beberapa syarikat yang telah kita tamatkan disebabkan pelanggaran terhadap isu tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mengenai mekanisme pemantauan yang diwajibkan bagi mencegah pepejal terampai (suspended solid) yang berlebihan sehingga memberi kesan kepada kualiti air, ekopelancongan dan keselamatan pengguna pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Bagaimanapun, Mohamed Fadzli berkata sekiranya terdapat syarikat dipercayai melanggar peraturan tersebut, orang ramai boleh melaporkan segera kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan sama ada syarikat terbabit telah diambil tindakan atau belum.
Pada 2 Okt lepas, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan 12 individu termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 43 tahun kerana terlibat aktiviti melombong emas secara haram di Sungai Kelaik, Gua Musang membabitkan nilai rampasan kira-kira RM520,000.
Mohamed Fadzli berkata sebanyak lima syarikat sedang menjalankan usaha sama dengan PKINK dalam pajakan melombong yang masih berkuat kuasa hingga sekarang.
"Kerajaan negeri sentiasa memastikan semua syarikat ini mematuhi peraturan pajakan melombong yang ditetapkan, melaksanakan operasi dengan penuh tanggungjawab dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan komuniti setempat.
"Pemantauan berterusan turut dijalankan bagi memastikan setiap aktiviti perlombongan dijalankan secara selamat, mampan dan mematuhi piawaian alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Kelantan menamatkan kontrak syarikat pajakan perlombongan, termasuk emas dan pasir, disebabkan gagal mematuhi syarat perjanjian yang menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
- Proses penamatan kontrak dilakukan selepas semakan menyeluruh terhadap tahap pematuhan syarikat terhadap syarat ditetapkan serta keperluan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Sekeliling (EIA).
- Orang ramai boleh melaporkan syarikat yang melanggar peraturan kepada kerajaan negeri untuk siasatan, sementara lima syarikat masih menjalankan aktiviti pajakan melombong dengan PKINK.