awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tebang hanya 27 peratus daripada kuota pembalakan dalam tempoh lima tahun

Bernama
Bernama
10/11/2025
10:48 MYT
Kelantan tebang hanya 27 peratus daripada kuota pembalakan dalam tempoh lima tahun
Mohamed Fadzli berkata, pembukaan kawasan pembalakan hutan berkurang setiap tahun apabila kuota yang diberikan masih banyak tidak digunakan. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hanya menebang 14,195 hektar atau 27.2 peratus kayu balak daripada 19,500 hektar kuota pembalakan melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata pembukaan kawasan pembalakan hutan berkurang setiap tahun apabila kuota yang diberikan masih banyak tidak digunakan.
"Bermula 2021 hingga 2025, kita (Kelantan) dapat kuota yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk tebang kayu balak ini sebanyak 3,900 hektar setahun.
"Jadi pada 2021, kita hanya tebang 1,277 hektar, 2022 pula kita tebang 1,702 hektar, 2023 (740 hektar), 2024 (846 hektar) dan 2025 (740 hektar). Keseluruhan kuota dalam masa lima tahun ini adalah sebanyak 19,500 hektar tetapi kita hanya tebang kayu balak sebanyak 5,305 hektar dan berbaki keseluruhannya sebanyak 14,195 hektar atau 27.2 peratus sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Kelantan 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Mohamed Fadzli berkata kutipan hasil sebenar kayu balak pada 2024 berjumlah RM907.88 juta atau 93.86 peratus dan menjangkakan prestasi kutipan yang sama bagi tahun ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri membenarkan rakyat Kelantan untuk menjalankan aktiviti perlombongan emas secara mendulang di kawasan tertentu.
"Aktiviti ini dibenarkan dilakukan di tanah milik kerajaan dengan lesen bersyarat yang akan dikeluarkan.
"Lesen berkenaan akan dikeluarkan bagi tujuan merekod dan memantau aktiviti perlombongan, selain memastikan aspek keselamatan serta pemeliharaan alam sekitar terjamin," katanya.
Beliau berkata sehingga kini kerajaan negeri mempunyai simpanan jongkong emas bernilai kira-kira mencecah RM51 juta mengikut harga nilaian semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#penebangan pokok
#kayu balak
#pembukaan kawasan
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan