awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200

Bernama
Bernama
14/02/2025
00:50 MYT
Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
ZAMAKHSHARI: Peniaga yang kurang berkemampuan dan merasakan harga yang ditawarkan pihak swasta tinggi, boleh segera mohon sewa tapak bazar Ramadan di bawah majlis daerah masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah menetapkan kadar sewa bagi tapak bazar Ramadan di negeri ini bermula dari RM200, mengikut jajahan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata harga ditawarkan itu adalah sangat rendah kerana termasuk lesen dan sebagainya, berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.
"Bagi Majlis Daerah Kuala Krai, harga sewa berjumlah RM500, Majlis Daerah Pasir Puteh di Selising (RM450) serta Bandar Pasir Puteh (RM550), Majlis Daerah Machang (RM400) dan Majlis Daerah Pasir Mas (RM350).
"Manakala, Majlis Daerah Tanah Merah (RM350 sehingga RM450), Majlis Daerah Ketereh (RM300), Majlis Daerah Bachok (RM300), Majlis Daerah Gua Musang (RM250), Majlis Daerah Tumpat (RM250), Majlis Daerah Jeli (RM200) dan Dabong, Kuala Krai (RM200)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Zamakhshari berkata bagi jajahan Kota Bharu pula terdapat lima bazar Ramadan yang disediakan oleh kerajaan negeri iaitu di Padang Tembak (RM370), pasar malam Kubang Kerian (RM580), pasar malam Taman Bendahara (RM400), Tok Kenali Binjai (RM570) dan pasar malam Pasir Tumboh (RM570).
"Ada pihak mempertikaikan kenapa kerajaan negeri tidak buat (urus sendiri bazar Ramadan)...sebenarnya kita memang ada sediakan tapak bazar Ramadan di seluruh jajahan.
"Mana-mana peniaga yang kurang berkemampuan dan merasakan harga yang ditawarkan pihak swasta tinggi, boleh segera memohon sewa tapak bazar Ramadan di bawah majlis daerah masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#kadar sewa
#Kelantan
#peniaga
#Zamakhshari Muhamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan