awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tetapkan zakat fitrah RM7

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2022
02:29 MYT
Kelantan tetapkan zakat fitrah RM7
Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi MAIK e-Zakat Payment di www.e-maik.my. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini ialah sebanyak RM7.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kadar yang kekal sama seperti tahun lepas itu telah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ia sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
“Kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan tahun 1443H/2022M pula sebanyak RM20,366 untuk haul Ramadan 1443H hingga Ramadan 1444H,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Tengku Mohamad Rizam berkata, individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan, menurut harga beras yang dimakan, adalah digalakkan.
Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi MAIK e-Zakat Payment di www.e-maik.my.
“Pembayaran zakat boleh dibuat melalui institusi perbankan yang dilantik oleh MAIK sebagai ejen kutipan zakat iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.
“Selain itu, boleh juga menerusi Standard Chartered, Affin Bank Berhad, HSBC Bank Berhad, EON Bank Berhad, Al-Rajhi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, OCBC Al-Amin, dan Agrobank,” katanya.
Tambahnya, MAIK amat mengharapkan kerjasama semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini dan bersama-sama menghidupkan Ramadan tahun ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat.
Topic Berkaitan
#MAIK
#zakat fitrah
#Ramadan
#Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan