awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tidak akan mengalami krisis bekalan makanan - Exco

Bernama
Bernama
18/07/2022
04:00 MYT
Kelantan tidak akan mengalami krisis bekalan makanan - Exco
Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan negeri juga telah mengambil beberapa langkah bagi menjamin sekuriti bekalan makanan di Kelantan sentiasa mencukupi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan memandangkan pengeluaran bagi beras, buah dan daging kambing telah melebihi tahap sara diri penduduk di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata langkah proaktif itu telah diambil oleh kerajaan negeri pada 11 Mei lepas dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Nazran Muhammmad.
Katanya, jawatankuasa berkenaan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan negeri, pihak berkuasa tempatan serta wakil daripada institusi pengajian tinggi bagi memperhalusi isu-isu berkaitan dan langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani isu berbangkit.
"Berdasarkan data Status Kadar Sara Diri (SSL) 2020 menunjukkan Kelantan berada di landasan yang tepat dalam menjayakan misi sebagai Jelapang Makanan Negara.
"Status SSL 2020 bagi sumber makanan untuk beras adalah 208 peratus, kelapa (196 peratus), daging kambing, bebiri (190 peratus), buah (117 peratus), sayur (98 peratus) dan ikan (93 peratus)," katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan negeri juga telah mengambil beberapa langkah bagi menjamin sekuriti bekalan makanan di negeri itu sentiasa mencukupi.
"Antara langkah yang dilakukan kerajaan negeri adalah menyediakan peruntukan khas RM10 juta melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi pelaksanaan projek ternakan ayam pedaging tertutup semi automatik dan penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit.
"Kita juga turut mempergiat kempen penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan seperti Program Dapur Hijau, Kempen Seed Community-Kempen Penghasilan dan Penyimpanan benih tanaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang DUN Kelantan
#krisis bekalan makanan
#Mohd Saripudin Tuan Ismail
#tahap sara diri penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan