awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelapa muda potensi jadi komoditi eksport utama negara - Mat Sabu

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
28/06/2025
08:15 MYT
Kelapa muda potensi jadi komoditi eksport utama negara -  Mat Sabu
Potensi kelapa muda perlu dimanfaatkan segera menerusi pembangunan rantaian nilai pertanian serta peningkatan produktiviti oleh usahawan muda. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan kelapa muda sebagai antara komoditi baharu berpotensi tinggi untuk dieksport, khususnya ke China dan beberapa negara lain.

Ringkasan AI
  • KPKM menyasarkan kelapa muda sebagai komoditi eksport baharu berpotensi tinggi, khususnya ke China, dan menggalakkan peningkatan produktiviti oleh agropreneur muda untuk memenuhi permintaan pasaran.
  • Penanaman semula kelapa tua di Sabah giat dijalankan bagi menampung keperluan domestik dan mengawal harga santan, selain menyokong keterjaminan makanan negara yang masih bergantung kepada import melebihi RM80 bilion setahun.
  • Kerajaan memperluas kempen penggunaan makanan tempatan dalam majlis rasmi dan mengiktiraf peranan agropreneur muda dalam meningkatkan pengeluaran buah-buahan tropika seperti durian, nanas, kelapa dan avocado.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata potensi itu perlu dimanfaatkan segera menerusi pembangunan rantaian nilai pertanian serta peningkatan produktiviti oleh usahawan muda.
“Kelapa muda kini mendapat permintaan tinggi, terutama dari China. Kita mahu Malaysia bukan sahaja dikenali sebagai pengeksport durian dan nanas, tetapi turut muncul sebagai pengeksport utama kelapa dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kelapa tua juga sedang giat ditanam semula terutama di Sabah, sebagai langkah jangka panjang menampung keperluan domestik serta mengawal harga pasaran santan.
“Apabila berlaku lonjakan harga santan baru-baru ini, bekalan dari Sabah sangat membantu. Ini menunjukkan pentingnya kita membina kapasiti pengeluaran yang kukuh dalam negara,” tambah beliau.
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan terus memberi tumpuan kepada usaha menjamin keterjaminan makanan negara, memandangkan Malaysia masih merekodkan nilai import makanan melebihi RM80 bilion setahun.
Sehubungan itu, kempen menggalakkan pengambilan makanan dan buah-buahan tempatan kembali diperluaskan termasuk dalam penyediaan menu bagi majlis-majlis rasmi kerajaan.
“Bila buah-buahan tempatan menjadi pilihan utama dalam acara rasmi, ia bukan sahaja membantu petani dan pengusaha tempatan, tetapi turut memastikan bahan makanan berada dalam pasaran dan dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Karnival TVET Pertanian@KPKM di Dewan Aster, MBSA, Kemuning Utama, Shah Alam pada Sabtu.
Menurut Mohamad, perkembangan pesat agropreneur muda juga menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran dan kualiti buah-buahan tropika negara seperti durian, nanas dan kini kelapa serta avocado.
Topic Berkaitan
#kelapa muda
#Mohamad Sabu
#China
#pasaran luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan